no1giveadamn speaks out loud...

"I prefer to be a dreamer among the humblest, with vision to be realize, than lord among those without dreams and desires"... Kahlil Gibran

My Photo
Name:
Location: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Suatu pendaman manifestasi diri yang dirasai apabila terlalu lama sepi. Untuk luahan demi tatapan masa depan di zaman cucu-cicitku nanti. Supaya mereka merasai sendiri kehidupan darah daging mereka agar diambil ikhtibar untuk mempersiap diri mereka sendiri menghadapi arus kemodenan Malaysia yang semakin tahun semakin kuat arus hanyutannya. Hanyutan yang tiada kesudahan... Ini kisahku...

Monday, November 22, 2010

It's one of those days.

Just another night at work. Not much to do rather than sit around and surf. This morning when I get back from work, probably around 7.30am, I accident in PTP highway really get my attention. It all started during morning operator getting ready in the production floor. they carry along some big news telling everyone that somebody they knew involved in an accident in PTP highway and that they noticed it along the way while getting to work. I wasn't paying much attention as I set in my mind just to get home, thinking about silver and gold that I purchased but not yet received.
As I reached Leisure Farm, noticed so many by passer slowing their cars and bike. I noticed the blue police light from across the road and started thinking that this would be the thing they talked about at work just now. I don't have the guts to stop and watched the whole event. So I just view from my bike as I passed by. Really horrible thou, automatically I thought that this would involved some serious injuries.
Back at home, I opened my FB and already some flex dude already making assumption this and that. I guy mention that 1 dead and 4 injured. I really pissed off with his statement, telling something that you didn't really confirm is like saying a prayer for him/her to be dead!
Waiting for Tuesday until all staff come to work and all the commotion turns huge. Can't wait to see what happen next.

2.15 am, ahad, OT malam
meja support line atas

Monday, September 21, 2009

Extra 1 more picture...

Satu lagi gambar aku ambil time bosan gila. Aku lupa bila, rasanya dalam tahun 2007 kot.. not sure..

Gambar aku...

Entah siapa yang candid shot time aku tengah buat keja ni.. lupa


It's been a while

Ingatkan dah malas aku nak tulis kat blogspot nih lagik. Asyik layan mafia war je. Well, selamat hari raya. Hari raya yang kedua, aku tak boleh tidur malam tadi. Mengenangkan nasib diri ni yang tak ada kemajuan rohani dah lama. Masih macam nih. Harap tahun 2010 nanti ada cahaya baru dalam hidup aku yang sepi nih.

raya kedua 2009.
Monday, 21 September 2009, 9.58am

Wednesday, June 04, 2008

Reunion DEP class 1999-2002.

Hari ini 1 Jun 2008 adalah hari reunion untuk class DEP. Aku macam biasa la, kalau ada sesuatu yang agak special sekarang nih aku pasti akan tulis punya. Active blogger la katakan. Lagi satu sebab aku takut kalau lama2 nanti dah lupa. Apalah nasib, tak sampai 10 orang pun yang datang. Tapi dicampur dengan anak2 diorang nih menjadik jugak hamper 20 lebih. Event buat kat rumah Puan Asiah kat area Jasin. Dekat2 jugak poli Melaka. Heh, aku sebenarnya first time ke Melaka ni, jakun sket… Aku gerak dengan Boy, macam biasa la manusia takda transport macam aku nih. Boy boleh bawak girlfriend dia pulak! Tak bagitau awal2. Nasib baik aku takdak hal. Dalam hati aku, “Wah! Si boy nih, kata takda girlfriend. Tup2 boleh bawak dak pompuan plak ke sini..” Ah lantaklah. Asalkan reunion nih aku dapat datang sudah.

Boy sampai lambat, kol 7 lebih baru sampai umah aku. Understandable la sebab dia nak gi umah girl tu dulu, nak angkut dia. Sarap kat Skudai, masuk tol dalam kol 8 suku. Aku target memang lambat sikit la sampai.

Tiba je tol exit Jasin, dari jauh aku macam perasan muka Bulau, tapi macam ye tak ye jek. Bila boy start datang dekat sikit, barula aku sure memang Bulau pun! Peh! Dah lebih 5 tahun aku tak jumpa dia dah berisi jugak… dak2 lain pun dah ada kat situ. Leila+husband and kids, Zarah+ kids, lan, Shukor, rohaimi+ wife and kids.( Aku? Plus apa? Hehe…kereta pun takda lagi) terperanjat jugak aku tengok perkembangan diorang nih. Masing2 pun dah kawen, dah ada kreta. Dah stabil jugak. Tak sempat nak chat lama, salam2 terus gerak gi umah Puan Asiah, sebab tiba pun dah lewat. Tiba umah Puan Asiah, aku dah boleh ramal Encik Shahril dah lupa nama kitorang entah muka pun dia tak cam agaknya J. Aku boleh faham, dah lebih 5 tahun tak jumpa dan diorang pun dah ngadap beratus student sebelum nih. Tapi rasa2 Puan Asiah masih cam muka kitorang kot. Kutu2 degil DEP dulu, mana leh lupa. Rumah Puan Asiah boleh tahan jugak grand. Laki bini lecturer la katakan.. Lama gak kitorang melepak kat umah dia. Havoc la dengan budak2 kecik bersepah sana sini, macam nursery la pulak. Kena pulak dengan perangai yang bujang2 nih. Macam zaman degil poli dulu datang balik. Takda segan lagik kat Puan Asiah, Encik Shahril! Aku rasa diorang memang tak selesa pun tapi lanyak jela..

Lupa nak bagitau, kurang 10 minit sampai umah Puan Asiah tadi, Rashid pun sampai, pun dengan anak dia 2 orang. Tak hairan la jugak sebab dulu pun dia dah ehem2 jugak dari poli lagiks..bini dia tinggalkan kat Pagoh, tak datang. Kata dia laa..tapi macam tak biasa Rashid suka berahsia sikit. Lagi2 pasal hal rumah tangga dia. Aku pun taknak amik port sangat. Tengok dia macam happy jek… ok la tu..

Aduh, patut ke aku rasa tertekan tengok diorang semua dah progress ke arah tu? Aku rasa tak lagik. Sebab aku ada strong good reason to stay the same. Maybe to some, it may appear that I don’t progress at all, but who care what they think? I’m the one who is running me. I will be the judge of what part to progress and by what part should it progress. My ex-classmate is just one strong reference on how long have I miss things on real life. Compared with them it will give me some sense of reflection on what need to be done. Don’t you think so? Ah! Who cares what you think.. J

Setelah hampir 4 jam lebih melepak, borak2, gossip2, tanya2 pasal perkembangan masing2, time to gerak. Amik gambar buat kenangan, then gerak gi AFamosa. Masing2 pun bila ditanya kerja, melata-lata kerja kat Malaysia nih termasuk la diorang yang takda kat situ time tu. Cokong yang tak disangka boleh jadi engineer sebab dia bukan la antara top student kat poli dulu. Tiru je keje dia, akhirnya jadi engineer kat Sime-Sembawang. Buat bisnes sewa kereta. YB (Faizul) skang ada kat Capetown, South Africa katanya jadi technician. Dulu last word dari dia kata kerja kat KLIA. Big Mamma keje jadi cikgu, dah kawen. Ada jugak jodoh dia ek.. J. Candru keje satu tempat dengan Rashid kat Infineon, kilang buat IC. Gan Teck Leng @ cina bukit J, keje kilang kat tempat lama Bulau, kilang apa ntah, dekat2 infineon jugak. Shiela & Shima, the dua sekawan low profile girl. Satu bibir terjuih, satu lagi jalan bersepah J, entah la kat mana skang. Diorang pun tak tahu. Takda plak aku tanya dak2 pompuan yang datang tadi. Mazlan pet2, jadi penoreh getah yang berjaya kat Kelantan. Usahakan tanah sendiri kot. Getah dah mahal skang beb, lu ingat? Usop, the Mat Ball, mamat yang menyirap dengan aku hampir setahun taknak berbual dengan aku J, keje TNB, pun rasanya dah senang. Kalau dah keje TNB tu paham2 jela masa depan dah cerah. Radin, keje kat Best 104, banyak buat side income jugak mamat nih. Padil the wak menanah, aku dah tahu dah kawen, keje syarikat measurement tahap pencemaran alam sekitar lebih kurang. Aku tak pasti sangat nama syarikat dia apa tapi swasta la. Hani dah kawen, ada kat Kedah. Keje apa aku tak tahu tapi kalau tanya kat Bulau dia mesti tahu punya!! Kahkahkah…. Ayu plak aku memang tak lost contact. Keje Jurong High-Tech. Aku ingatkan dia datang, apa la Ayu nih. Baru aku ingat nak berborak dengan ko…. Rasanya tu jela perkembangan budak2 yang tak datang tadi.

Untuk yang datang pulak cerita diorang nih berlambak-lambak macam pasar lambak! J. Baik aku mulakan dengan Shukor. Mastermind untuk event kali nih. Memang tak dinafikan walaupun perangai dia memang gila bila jumpa member poli, tapi dari segi merancang kewangan, merancang event, leading kami semua, dia memang candidate yang sesuai. Perangai lama dia 5 tahun lepas muncul balik, gila2 tebiat pengor. Tapi aku dengan dak2 yang pernah duduk serumah dengan dia tetap akan faham perangai dia. Excited sebenarnya. Sapa yang tak rindu zaman-zaman tu. Tak pernah runsing pasal kawen, kerja, duit, kereta, girlfriend (tak semua la). Yang penting study and enjoy. Dah pakai kereta mewah2 jugak la pada aku. Rezeki dia.

Lan chaque pulak, macam biasa la sentiasa acting happy go lucky. Dulu, most of the time memang sentiasa happy go lucky, skang bila dah lama tak jumpa nih kembali jugak la tabiat dia tur. Just like old time, always fun to stay around with. Macam takda masalah je bila dia berbual. Skang bila tengok perkembangan member2 yang lain, aku macam dapat rasakan kerisauan dia takut tertinggal. Dia antara yang masih bujang dan selalu tak pernah admit ada girlfriend. Sentiasa nak berahsia. Tak pernah nak cerita. Aku tahu dia. Malu nak cerita takut kena sindir agaknya. “Apa nak malu Lan, ko jugak yang rugi nanti”

Boy, antara yang tak lost contact dengan aku. Keje front desk kat post Kulai. Keje kerajaan, ok la tu. Terjamin jugak. Tengok pada gaya awek yang dia bawak, rasanya serasi kot… too early to tell.. agak pemalu. Mungkin awek dia tu tak expect akan pegi tempat macam tu kot. Dia mungkin imagine nak gi Melaka jalan2, merayap2 je kot. Kaku jugak tak reti nak bawak diri berbual dengan akak2 sekeliling. Budak lagi! Biasa la tu…Anyway, nice choice. Hope you make it!

Rohaimi, badan macam king kong skang. Besar dan berisi. Dah kawen anak satu. Boleh sama tarikh lahir, sama baya dengan anak Puan Asiah pulak! (macam dah planning jek korang nih!!) Keje polis. Mula aku nak start borak dengan dia agak segan jugak tapi bila dah masing2 melepak kat umah Puan Asiah, segan tu hilang. Rasa macam biasa jek. Dia mula2 jadi polis pun sakit jugak, tapi skang dah ok. Pakai pun kereta tahap mewah. Bini lawa, pandai dia carik.

Farid the Bulau. Masih bujang, dah keje kat KL. Kereta boleh tahan. Bila aku nampak laptop dia kat backseat, rasa senyum sendiri aku. (paham2 sudah la). Bila kami planning nak menghala ke A Famosa lepas melepak kat umah Puan Asiah, Bulau ajak aku naik dengan dia. So why not, dia pun drive sorang2. borak punya borak baru la aku tahu sebab dia pindah keje ke KL mungkin ada sangkut paut dengan krisis cinta dia dengan Hani. Kalau betul la prediction aku, wow! hebat betul penangan cinta Hani nih. (mungkin bukan penangan cinta Hani, tapi Farid sendiri yang takda experience dalam cinta nih kot,,well2 napa tak tanya aku?) Tu la, terlalu mengharap sangat, bila tak kesampaian, banyak masa dah dibazirkan. Dari poli bercinta, bertahun-tahun tunggu (hampir 6 tahun lebih on & off) tapi last2 tak jadi. Sepatutnya dia mesti consider risiko bercinta time belajar nih. Kalau jadi bagus la, memang boleh buat filem hindustan tapi kalau tak jadi,,, macam ni la jadinya. Apa pun respect jugak Farid sebab masih calm & tak begitu bergelora. Dia dah boleh lupakan Hani agaknya. Tak guna nak tunggu lagi. Dah jadi bini orang pun, satu point of no return. Farid ada cakap kalau Hani menjanda pun dia sanggup amik.. (aduh hai, sudah la tu!) lucky aku dulu zaman poli nerdest to the max. Takdak terlibat dengan cinta nih.. life goes on man.. you should know better.

Rashid the abang2. masih nampak muda walaupun dah early 30’s masih macam dulu. Easy going senang nak berbuat tapi full of secret. Datang dengan 2 orang anak. Comel2 anak dia. Geram lak aku. Dah pakai vios la! Dashyat mamat nih. Aku above all else paling faham suasana kerja kilang nih. Memang tak dinafikan mampu nak pakai vios. Aku sendiri pun mampu, tapi lautan pendapatan sentiasa bergelora beb. Harap ko tahu apa ko buat bro.. bila time air pasang, duit masyhuk Yarabbi mewah. Tapi bila air surut, harap2 kita siap sedia nak tempuh. Asalkan jangan kais pagi makan pagi dah la. Zaman nih bukan zaman pepatah tu lagiks. At least bukan pada level kita2 nih..

Leila, mak ai! Betul dah banyak berubah. Dulu agak wild jugak. Tapi tak wild mana pun. Cuma skang nih memang dah mak2. Anak dah 3 orang, datang sekali dengan husband dia. Bebual pun dah lain. Rasanya sepatutnya rentak berborak dengan Leila dah tak leh nak macam dulu, hentam semacam. Skang nak kena borak stail mak2. tapi dak macam Shukor tu apa kira… anak dia agak degil thou.. J terejal.. bersepah mainan kat umah Puan Asiah.. Dia antara yang aku predict akan tempuh alam perkahwinan ni paling awal. Dah happy ever after kot. Kesian jugak husband dia takleh nak bawak perangai kitorang. Takleh nak blend-in pun… nasib la brader, lu memang silap klip der..

Zarah Kemon. Antara top student kelas aku, member baik dengan Leila. Mulanya tu jumpa dia kat tol exit Jasin aku ingatkan dia cuma tolong dokongkan anak Leila. Tak logic jugak anak Leila boleh sampai 6 orang je walhal baru 5 tahun jek tak jumpa. Sempat lak Leila produce banyak macam tu! Rupanya dia datang dengan anak dia 3 orang. Baru aku tahu. Dah janda skang. Peh! Aku rasa Zarah punya life paling berliku-liku. Tapi aku memang salute dia masih mampu tersenyum. Nak jugak dia datang reunion bodoh nih dalam keadaan dia skang. Tak sangka macam nih pulak life dia skang. Hidup jadi janda anak 3 orang nak kasi makan. Husband dah blah. Anak2 dia boleh tahan la jugak. Comel macam mak dia cun. Steady la Zarah, life must go on. Jangan putus harapan. Ada hikmatnya tu.. Kalau tak Bulau bagitau, aku pun tak tau.

Huh! Dalam 1 hari jek macam-macam benda lama datang balik, cerita lama dibukak balik dan cerita terbaru aku dapat tahu pasal diorang nih. Rasanya walaupun aku masih macam nih; takda kereta, kerja kilang, tapi rasanya aku antara yang bernasib baik dari segi financial, social dan emotional. Walaupun ada lagi yang lebih banyak duit dari aku, lebih best kerja dari aku, hidup berumah tangga daripada aku nih yang masih bujang tapi overall aku masih tak ralat sangat memandangkan aku pun doing all right. Tapi aku takleh lalai. Kalau diorang ada buat lagi reunion nih lagik tahun depan ke, tu satu gap yang agak dekat untuk aku wajib progress dari dulu. At least aku mesti nak ada satu anjakan paradigma!! Tu mesti nak ada! Mesti nak ada! Aduh hai!

2:45 am, 2 June 2008,

malam lepas balik daripada reunion tu la…

kat ruang tamu guna laptop aku…

beli laptop baru wehehee....

Dalam bulan 4 yang lepas aku beli laptop baru!! Compaq Presario V3759TU. Maka bermukalah era aku dengan laptop aku yang dah hampir 3 minggu aku beli tapi masih belum boleh guna lagi sebab ada masalah masalah berbangkit yang tak boleh aku nak selesai time tu. Ingatkan senang je install laptop nih. Rupanya tak semudah yang aku sangkakan. Banyak halangan yang aku kena tempuh untuk pakai XP nih. Kalau takat vista tu senang jek intall sebab recommended OS dia.Desktop lagi senang. tapi bagus jugak blajar benda baru aku boleh belajar. Dan aku jugak lepas nih boleh la jadi active blogger, educate kawan2 aku etc etc..

Susah jugak nak menaip guna laptop nih. Sensorpad dia sensitive sangat. Tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Nak masuk streammyx, nak install Mo Siang (member aku kat kilang si shahril tu dah tak abis2 brain wash aku ajak main Mo Siang. Aku ni bukan minat sangat nak main tapi layan je la). Driver dia pun sampai pada masa aku taip article nih masih banyak lagi yang tak ada. Nak cari dan install sendiri online.

Tangan rasa macam tisu je bila menaip pada laptop nih. Tak boleh ganas2. kena gentle2. rasanya banyak lagi software lain yang penting2 yang aku akan install kat sini, sebab kalau nak install kat desktop agak leceh nak guna nanti.

Pada aku laptop nih akan jadi salah satu main article dalam hidup aku, selain handset, motor, digital projector & handycam. Memang dah menjadi salah satu target utama aku untuk beli laptop nih. Azam aku tahun lepas. Tapi disebabkan berubah fikiran, aku tangguh dulu niat aku tu. Tahun 2008 nih tahun yang agak baik sebab half year aku dah boleh dapatkan laptop nih. Cuma tinggal nak beli TV & kereta jek. Lepas tu apa yang aku perlukan hanyalah kerja di tempat yang baru dan kumpul duit. Kemungkinan besar sehingga aku blah dari flextronics nih aku masih belum boleh nak kawen lagi kot. Aku tahu ramai kawan2 aku kat sini yang tunggu bila saatnya aku kawen nih. Sorry friend, disebabkan suasana flex dah tak sama macam dulu, aku pun terpaksa mengorak langkah untuk cari kerja yang lebih baik. Tapi bukan sekarang.

Banyak yang aku boleh buat dengan laptop nih. Rasanya aku pun nak belajar-belajar main forex nih. Mana tau boleh untung. Game dah pasti antara kegunaan utama selain nak jadi aktif blogger (hobi impian aku tu). Senang kata benda nih akan jadi pengisi masa lapang aku ujung minggu kelak. Aku ramal sesuatu yang lebih baik yang cerah di masa-masa akan datang. Sesuatu yang baru semestinya lebih baik. Mungkin jugak selamat tinggal pada tabiat buruk aku. Tapi yang “satu” tu maybe perlukan masa yang lebih lama sikit untuk aku tinggalkan. Heh! Aku jek yang tahu apa dia.

Thursday, December 27, 2007

My solo endurance challenge

24 December 2007 tarikh aku telah memecahkan rekod peribadi aku. Dah lama aku tak buat kerja gila macam nih sejak zaman RXZ aku dulu. Rasanya mungkin trip kali nih bukan la yang paling jauh tapi yang pasti ianya yang paling tough. No doubt about it.

Semuanya berlaku secara spontan akibat kebosanan tahap maximum. Mulanya aku cadang tu nak pergi post office nak amik kiriman post aku yang dah lama aku expect dari third aRM records. Hampa jugak sebab tarikh dia dah melewati 15 hari dari tarikh kad tu sampai. Itu pun nasib baik Konyol hantarkan kat umah, kalau tak aku pun tak tau kad tu dah sampai. Tengok jam masih lagi dalam lingkungan 3 lebih. Nak pergi bandar tengok wayang, teringat pulak cakap tual jangan amalkan sangat pergi bandar, layan wayang sorang2. Nanti boleh jadi gila. Huhuhu…

On the way nak balik, hati rasa macam taknak balik lagi sebab tak tau nak buat apa kat umah nanti pun. Nak pergi hostel jumpa lis, malas pulak. SO… terlintas la dalam kepala aku nak main long distance. Tak pasti lagi nak kemana asalkan menghala ke utara. Cadang mula nak ke Pontian je, tapi sebab mengingatkan kat Pontian pun bukannya ada pape pun. So apa kata ke Batu Pahat, atleast kat sana ada shopping complex. Korang taula aku nih, nak kemana mana pun mesti fikir kat area tu ada shopping complex tak. Kalau takda rasa macam berat je nak ke sana. Bukan apa, kalau merayap sorang2 nih bagusnya pergi tempat yang ramai orang, tak nampak janggal sangat. So, side belah kanan dalam kepala otak aku nih pun setuju la dengan idea gila aku dari side belah kiri nih. Dengan tak berbekalkan apa2, sweater pun takda, aku pun mengorak langkah ke sana. Amik jalan lama lalu Pontian.

Singgah kejap kat Taman Sri Skudai untuk cocok duit kat Maybank. Rasanya RM50 cukup kot. Ingatkan nak cari air sekali, mana la tau kalau2 haus atas motor karang, maklumlah hari pun panas tapi bila dah start motor tu malas lak nak singgah lagi. Takut tak jadi pulak nak endurance nih.

Jalan tak laju, sekitar 60-70kmj jek. Niat pun bukak nak buat rekod by time, just by distance jek. Ari2 dah practice ulang alik keje sekitar 20-25kmj satu trip, rasanya aku dan motor aku mampu kot buat nih. Nak start gerak tur, perut dah meragam jugak. Bukan apa, dari pagi belum makan. Skang tengok jam dah pukul 3lebih (bangun pun dah petang huhuhu… ; malam sebelumnya stay overnite till kul 4am, gilamovies!!) takpa, maybe sampai je kat Summit (tempat yang dibangga2 kan sangat warga BP nih) maybe ada McD kot, boleh aku makan puas2.

Dipendekkan cerita, sampai je area Mitsumi ada pulak road blok by cops. Cuak jugak. Tapi aku complete (as a rider) cuma motor aku je yang tak complete (takda side mirror). Ah! Redah jela, sangkut pun sangkut la. kene saman bayar, bukan susah. Nasib baik lepas. Pelik jugak area situ tak ramai budak2 muda yang riding motor petang2 nih. Diorang nih keje ke tak keluar rumah? Area2 sana agak membangun jugak dari yang lepas aku sampai sana. Cuma pembangunan dia memang slow. Lalu pulak area Pekan Nenas. Nampak pulak kedai motor yang aku survey motor dulu dengan bapak aku masa zaman2 aku nak pakai RXZ dulu. Dah lebih 5 tahun pun dari kejadian tur. Memang sabar betul bapak aku, layankan kerenah aku nak cari motor 2nd hand murah. Tak jumpa jugak motor RXZ murah kat situ.. jalan punya jalan aku pun sampai la kat Pontian Kechil, berpandukan sign board (memang nasib baik sign board boleh dipercayai, sebab aku memang tak pernah sampai area nih sorang2 sebelum nih!, kalau sesat aku patah balik jek). Tengok minyak motor masih lagi full. Tengok sign board, sedih jek Batu Pahat masih lagi 80km or so (aku tak ingat) jadinya perjalanan aku masih lagi jauh. Ada jugak orang pernah cakap aku, amik jalan lama nih memang jauh. tapi pada aku bring it on. lalu la jalan area2 kampung2 pelan2. Tenang jugak tengok pemandangan sini.

Dah 2 jam atas motor, bontot dah naik kram, tekak dah haus, perut dah lapar gila. Sampai town Pontian Kechil tadi pun aku tak beli2 jugak air. Mata dah sakit tangan dah panas, aku mengenangkan perjalanan ke BP masih jauh. Tu yang aku malas nak berhenti dulu. Sampai Rengit, tekak aku dah takleh tahan, rasa macam nak pengsan sebab dehydration. Badan pun dah panas. Sepanjang jalan nak singgah tak singgah2 jugak. So, ada la satu rumah kedai nih, dari jauh macam kedai runcit, sebab aku macam perasan ada penyapu dan balang2 jajan. Aku pun berhenti la. Macam aku dah dapat agak je, kalau aku berhenti kat sini, orang kat kedai pun mesti pandang semacam je kat aku, macam pelik je tak pernah tengok orang. Kejadian tu pun menjadi kenyataan. Diorang tengok cara dressing aku pun rasanya dia dah bleh tau, mamat nih mesti orang jauh. Kene pulak shop assistant dia girl. Gemuk pulak tur (nasib baik, kalau tak aku dah tackle dah, budak ceruk nih budak susah nak gigit! Huhuhu). Selangkah masuk,,, la! Bukan kedai runcit la, ni kedai jual barang2 hardware untuk rumah punya. Macam tong sampah plastic, air botol jenama pekak murah2, pinggan, alas meja bla bla. Ceh.. tipah tertipu rupanya. Minah yang jeling bertambah pelik. Apa mamat naik skute nih nak beli kat kedai aku nih? Masuk tak sampai 1 minit dah start motor terus blah… rasanya dia pun dah boleh agak aku salah kedai. Aku pun teruskan la perjalanan. Tengok langit macam nak ujan jek, aku baju ujan pun tak bawak (jangan cakap baju ujan baju sweater untuk riding jauh pun aku tak bawak!) Ah! Carry on jela. Tempat teduh macam takde je sepanjang jalan nih. Kalau dibuatnya ujan, ada jugak yang aku tumpang rumah orang nih.

Bila tekak dah sampai tahap maximum, langit bertambah pekat, aku pulak dah sampai area bandar Rengit, tergerak la aku akhirnya singgah kat satu kedai shoplot cina nih. Kali nih memang tak silap lagi. Memang kedai runcit. Nafsu punya pasal, sampai 2 botol aku beli (satu air mineral & satu lagi air botol 100plus). Tamak beli tapi bukannya minum. Sampai la aku tulis artikel nih (iaitu 25hb disember 2007, 12:58am), air botol tu masih lagi belum bukak! Huhuhu. Ada kat dalam peti ais aku. Cakap pasal air botol tur, teringin pulak aku nak minum air tur… (jap ekk aku nak pergi peti ais nak minum air tu sambil tulis)

So where was i? oh ok, puh memang lega jugak tekak dapat air. Sejuk sikit badan aku. silap besar aku bila aku isap rokok. Perut yang kosong nih dah mula menampakkan tahap lapar aku dari pagi sampai jam 5 petang masih belum makan pape langsung. Pala dah mula lalok. Tapi disebabkan nama pun endurance, aku mesti teruskan perjalanan. Ujan dah mula rintik nak melebat, aku pulak langsung tak pulas2 lagi throttle. Entah kenapa. Mata dah mula lilau tengok bas stop untuk teduh. Berdasarkan firasat aku tengok keadaan langit, ujan akan lebat tapi tak lama. Nak teduh kat satu bus stop nih, ada mamat ni pulak dengan basikal dia. Takut kene pau punya pasal, aku teruskan jalan. Baju dah mula basah dah. Yang pelik kat area2 nih, banyak pulak bus stop dia, jadinya aku ada choise jugak nak teduh kat mana. Kat kawasan2 sebelumnya daripada Pontian tadi, mak datuk bus stop pun tak ada. Di buatnya ujan kat kawasan tu, memang lukus aku dan terpaksa la aku batalkan niat solo endurance aku.

Dalam 1 ½ km lepas tu, ujan dah mula berhenti, rasanya ujan start tadi belakang ke depan area aku nak tuju nih. Nasib baik. Tengok sign board Batu Pahat dalam 20 something km. aku dah mula lega. Walaupun rasa macam nak pengsan. 20 km dah tak jauh… bila sampai area2 kawasan kemalangan, dengan jalan turun-naik bukit (tak ada sepanjang jalan tadi, semuanya landai manjang) pulak perasan warga2 asing kat tepi jalan, aku dah mula senyum. Rasanya dah tak jauh nih. Instinct aku tak pernah kecewakan aku sebelum nih bila tiba masa nak menelek jalan nih. Instinct aku bagitau aku, bila nampak Nepal & Indon nih, maknanya kawasan perindustrian, maknanya area ahead adalah kawasan yang agak maju. Kilang bodoh buat kicap takkan amik Nepal & Indon. Ni mesti kawasan perindustrian pesat. Mana lagi ada kawasan macam tu kalau tak kat Batu Pahat sendiri. Memang betul la jangkaan aku. AKU DAH SAMPAI! Yahoo!!

Tengok jam nak masuk pukul 6 petang. Cabaran seterusnya adalah nak cari Summit Parade untuk makan, basuh muka yang dah naik panas, berak, kencing, isi minyak yang dah E (padahal aku isi full kat skudai tadi, larap jugak minyak motor aku nih).

Dashyat jugak Batu Pahat nih, pesat jugak pembangunan dia. Lama jugak aku tak ke sini, balik kampong pun dah lebih 5 tahun aku tak balik. Memang la tak boleh compare dengan JB, tapi atleast bila tengok bangunan dia, rasanya Batu Pahat nih 2nd after JB, 3rd pulak Kota Tinggi. Tengok sign board, rasanya aku takleh sesat kat sini. Pusing2 pun kat situ jugak. Aku teruskan jalan menuju ke kastam @ jabatan laut BP (aku tak pasti) sebab ada sign board highway to JB. Dalam kira2 15 minit aku melilau, aku rasa motor aku kalau boleh cakap, dia mesti cakap ko taknak berenti ke Lin? Aku dah penat nih, kasi la aku rest kejap, aku nih 1st time ko lanyak long distance. Aku nampak la pulak Summitnya (yeah!) dalam time2 aku mula nak giveup, nak balik balik je terus… pening jugak aku cari kat mana motor parking nih, takkan shopping complex besar2 macam nih takleh nak parking motor. Parking kereta je yang berlambak, mat2 motor pun aku tak nampak menghala masuk ke dalam kawasan Summit nih. Lama jugak aku tunggu, takkan takda yang masuk sini naik motor kot. Tak logik, complex yang dibangga-banggakan, rupanya takda mat rempit yang datang. Takpa, dah jauh aku jalan, aku mesti nak masuk, atleast aku mesti makan. Jam kat tangan dah pukul 6 lebih. Nasib baik perasan satu mamat nih tengah parking motor kat kawasan shop lot sebelah depan Summit tu. Fikir2 ok jugak kat sini, lanyak jela. Dalam hati selamat ke aku parking kat sini? Tu la sapa suruh buat keje bodoh endurance2 nih, di buatnya motor ko kene curi, tak sia2 je dibuatnya? Ah! Parking kejap makan, kencing pastu aku blah la. Bila dah start turun dari motor, aduh sakitnya badan aku baru skang aku rasa. Motor aku pulak mesti tengah suka dapat rest.

So, dimulakan la sesi menelaah shopping complex sengal nih. Dari struktur luar, memang design lama, satu fashion dengan The Store kat Sentosa & kat Taman Tun tur (aku lupa nama shopping complex bonggok tu). Tapi dari segi saiz pulak lebih kurang sama dengan City Square & Angsana. Selangkah masuk, 1st yang aku perasan pintu utama takda auto (apa punya bodoh la) kecil & agak sesak. Design dia memang out kat part sini. Tempat pertama yang aku tuju, biasa la toilet. Ok, dapat pujian dari aku. Agak high tech. Macam City Square, tile banyak cuma komen sket singki dia jauh gila dari jarak kepala paip. Basah baju aku. Bodoh! Arkitek dia tak fikir ke? Kawasan lain pulak, alahmak.. sempitnya. Mungkin sebab banyak temporary stall kot. Yang pasti lot kedai2 dia agak rapat2 dah kecil. Kedai pulak macam kat City Square & Angsana, kedai baju cina je yang berlambak, tak banyak variety. Pusing2 jual baju, pusing2 jual baju. Lemah jugak aku nak habiskan pusing semua. Naik tingkat atas, berdasarkan sign dia ada wayang.. (em ni yang nak tengok nih) tak jumpa pulak! Nak tanya malas sebab lapar dah tahap maximum. Amik satu round pusing area atas, perasan satu kedai jamming (bagus, satu pujian, ada kelainan). Aku turun la balik sebab aku nampak McD kat ground floor. Aduh servis dia yang paling teruk sekali dah sejarah aku masuk McD nih. Mamat tu macam nak mati je servis orang. Malas aku nak mengentan sebab lapar. Ada pulak nak Chicken Foldover mintak aku tunggu sampai 20 minit? What the fuck? Orang masak satey pun tak lama macam tu, korang masak pakai dapur arang ker? Dengan lantai yang kotor, aku belum abis makan mamat cleaner McD dah nak angkut makanan aku. Ada pulak! Tak nampak french fries aku belum habis, air banyak lagi?! Tengok jam dah nak masuk pukul 7pm. Aku mesti gerak sebelum gelap sebab mata aku out sikit time malam nih. Satu pujian though, sebelum aku blah dari Summit nih. Satu aspek yang agak membanggakan aku,,, awek dia J . Hampir semuanya agak down to earth, tak berapa dressing sangat (which is a good thing) dan masih give response to an old timer player like me. Kalau masa panjang, nak jugak aku usha sorang buat stok J (kalau awek aku baca artikel nih, kene lanyak aku!). Dah keluar kat tempat motor, aku rasa nak berak pulak. Kalau nak buat, skang la masanya, kat sini pam minyak dia bukan boleh caya sangat. Bila seattle semuanya, air McD yang aku simpan tak habis minum tadi terpaksa aku tinggal kan kat sana. Takkan la nak bawak, lid takda tumpah kang sia2 jek.

Suasana dah bertambah gelap. Jam sekitar 7 lebih, aku isi minyak kat Shell, dan bermulalah perjalanan aku nak balik… berbekalkan sign board yang aku nampak, aku tuju la highway plus ke JB. Nak mampus amik jalan lama tadi malam2 macam nih? Dengan takda lampu jalan. Dibuatnya ada yang “menumpang” aku balik JB, jawap aku. Banyak aspek yang aku amik kira, antaranya, lubang kat jalan raya gelap2, mata yang dah makin penat & jalan yang aku tak ingat sangat. Aku datang pun sebab base on sign board. Aku lagi sanggup tidur hotel daripada amik jalan lama. Kalau aku amik highway, lampu ada, lubang kat jalan xda, so selamat sikit. Kalau amik jalan lama, langgar lubang, motor rosak malam2 gelap2… macam mana? (I can’t imagine that situation). Dalam perjalanan ke Ayer Hitam aku perasan tadi ujan sini, nasib baik dah berenti. Keadaan jalan pun ok, xda lubang. Terlintas pulak aku macam nak talipon Rin atau Atoi, nak tanya masuk tol kalau motor kene bayar tak (padahal aku tau tak kene bayar, tapi hati agak berbelah bagi). Kalau bayar pun aku boleh bayar cuma mainan perasaan bila dah penat nih nak kasi hiburan sambil tuju ke highway. Sampai simpang kat Ayer Hitam, aku nampak la pulak sign board Johor Bahru ke kiri, tapi bukan sign board tulisan kuning highway, ini sign board hijau tanda jalan biasa. Aku pun belok la kiri, selang beberapa meter ke situ, instinct aku kuat menyatakan tu bukan la jalan yang betul, berdasarkan jalan yang sempit, tak banyak kereta yang tuju situ & kegelapan yang maksimum. Aku patah balik la sebab aku tetap akan percaya pada instinct aku. Memang sah pun bukan jalan yang betul. Nasib baik.

Teruskan jalan lagi dalam kira2 10km, tengok meter minyak, macam tak yakin je half full boleh sampai JB sedangkan nak datang Batu Pahat tadi pun full RM7 boleh habis terus. Cukup ke RM5 isi nih? Takpa nanti kang isi lagi. Singgah petronas untuk kencing pun tak isi minyak jugak! Sengal jugak aku nih. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Dalam hati macam tak percaya je apa yang dah belaku hari nih. Trip gila nih. Sampai la jugak akhirnya kat tol masuk highway plus. Start la aku masuk tol dan pulas la aku sekitar 70-80kmj tanpa henti. Hati aku bisik kat motor aku, please hold on baby, I know you can make it. Just stay stable this whole ride home as there no traffic light from this point onward. Just you, me and the open night highway. Try and stop me from going home. The only one that can stop me from reaching home is you JHR 8205… pulas punya pulas, perasan hentian rehat Machap. Tempat yang sesuai untuk aku rehat, sekali lalu malas pulak nak ilex kat situ. Ah! Isi minyak jela. Isi RM3 cukup kot. Lepaskan sebatang rokok, hantar sms jap kat Atoi & Lis, minum & aku sambung semula pulling the throttle to the max. Kacung sampai sakit pinggang. Lintas pulak mamat naik Panther yang berenti kat Machap tadi. Selamba rock je dia sayurkan aku. Peduli apa aku, aku bukan nak berlumba. Peh! Sejuk dia mula terasa lepas 30 minit aku terus menerus jalan. Rasa sampai ke tulang. Dalam hati aku, hold on baby, we can make this together. You and me. Tangan aku cram pun aku tak perasan sebab dah hamper 40 minit aku pulas, nak tutup minyak tak boleh, terpaksa la aku paksa bengkokkan dia supaya cram loose. Tak pernah aku ride malam2 jauh2 dengan takda sweater macam nih. Terfikir jugak kalau aku make it home kali ni, aku akan buat persediaan yang sewajarnya untuk solo trip aku ke Desaru pulak. Motor nak tukar belting baru & pad brek baru depan blakang. Beli satu hand glove & handkerchief, tukar seat cover & penutup minyak. Rasa raya cina ni InsyaAllah.

Sampai tol Skudai isap rokok jap, terlintas jugak kalau ada N73 Music Edition (idaman kalbu tak dapat beli lagi, bonus belum masuk) nih mau aku tangkap gambar the whole trip tadi. Tak caya pun ada aku berjaya sampai. Selamat pergi dan balik aku akhirnya dan sikit je lagi nak tiba umah. Sampai umah dalam jam 9 suku. Badan penat memang takleh nak kira. Tidur terus (tak mandi pun!) sampai petang… Peh! What an endurance this has been… A personal record has been broken since more than 5 years ago on that Felda Semenchu trip but that was on convoy, this one was solo ride. Overall this was the ultimate trip so far. Planning on making more solo ride up this 2008. Will keep a blog for sure, but this time around I will provide with photo too. It will be more intense and it will break the previous record for sure. Also my upcoming Batam trip (oh! Can’t wait to see girls inside glasses that my friend keep talking about). Till then, sampai sini jela. Dah larut malam sangat nih, nak tidur esok nak keje.

Azline.

26 December 2007 2:36am

My 2nd article...

It’s been almost 4 years now since I started worked here. Oh man how suck life has become! Everything’s all about money and how to get more and more money. Getting too bored being scolds and told what to do day in and out. At first its all started so great and fun as I never experience working in such fast pace environment before but as days grow into days, months turns into years, I started to feel that life gone so fast and still I haven’t get enough of money to stabilize my life. Still got a lot to own, a lot to pay. Places I haven’t been to, friends I have been long not seen. And yet I count the week by week to turn into years. Blink blink suddenly it’s been 4 years!

The one thing I am so scared now is the one thing that I must do. If I ever need to success in life. Can I make it out there since I blend so well here? The work scope and the friend I met all this years. Can I able to start thing over again, as a new person again? Learn new things again? Oh man I’m so in contradiction. But 1 thing for sure is that I’m so BORED HERE. I’m so bored with the style of factory work. Always demanding and after 4 years, it is never enough for them. They are trying hard everyday to squish me for every penny I’m worth to them. Never give me a fucking break.

Kadang tu aku jealous jugak tengok orang lain yang buat bisnes meniaga ke. Jual itu jual ini. Setiap kerat yang diorang buat tu memang berbaloi dengan usaha dia. Kalau keje kuat hasil pun confirm lumayan. Kalau malas hasil pun taklah muai sangat. At least tu la hasil tangan sendiri. Tapi masih mampu pakai kreta, kawen, beli rumah bla bla. Ini la yang dikatakan kepuasan daripada bisnes. Aku macam dapat rasakan je kalau aku berhenti, aku mungkin akan lebih bernilai ditempat lain daripada apa yang flex nilaikan aku. Aku yakin dengan hal nih. Aku rasa aku boleh survive kat tempat lain. Asalkan aku boleh survive kat flex, aku memang boleh survive kat mana2 kilang pun sebabnya demanding environment kat flex nih dah mempreparekan aku untuk cabaran2 kat tempat lain. Masalahnya ada tiga:

a) Agaknya tempat lain mungkin lagi suck dari flex? Mungkin diorang akan bagi gaji yang setimpal dengan experience aku tapi mesti diorang akan squish aku lagi kuat dari yang macam mana flex squish aku untuk mendapatkan balik nilai yang setimpal dengan bayaran yang diorang bagi (atau yang aku mintak). So pusingnya sama jugak. Aku masih lagi kene marah, masih lagi keje macam anjing, masih lagi OT untuk menyara hidup aku. Masih lagi duduk bawah cher. Yang bezanya duit je bertambah. Aduh duit lagi yang jadi isu tapi aku secara idealistiknya masih lagi ditakuk lama. Cuma beza taraf hidup dah upgrade (periuk nasi dah besar, tapi kerak jugak akan turut besar beb!!)…. Fuck!

b) Masalahnya aku bukan kejar duit sangat,,, sebab setakat yang aku perolehi nih dah cukup nak tanggung hidup dan save some. So buat aku nak cuba tempat keje yang mungkin akan menjanjikan duit yang besar berbanding flex tapi hakikatnya environment lagi suck dari flex. Flex punya suck aku masih boleh manage lagi, kalau aku cuba tempat lain yang nama company je gah tapi work ethic lagi teruk, buat apa? Akhirnya aku terperangkap sebab silap langkah. Duit banyak pun, nak pergi kerja rasa macam tak ikhlas je. Keje setakat nak lepaskan sampai petang. Environment macam nih untuk mereka2 yang kejar duit semata. Pada aku cara ni untuk orang yang dah banyak hutang nak settle, takda second choice lagi sebab bad choice yang diorang buat muda2 dulu. Biasanya diorang2 nih (base yang aku nampak kat flex nih, rambang dengan hidup mewah tapi tak mampu atau tak nampak risiko hutangnya). Panjang aku nak story orang2 yang macam nih. Maybe next time aku akan tulis article khas untuk hal nih. But for now let’s write about me. Duit setakat nih bukan la isunya. Aku sentiasa nak berhati-hati kalau nak berhutang. Aku sentiasa set dalam kepala aku nak elak daripada berlaku pada diri aku pepatah orang tua2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keje bulan ni untuk hidup bulan depan. Gaji bulan nih, belum bulan depan dah habis. Takda spending untuk side expenses, saving dan rewarding diri sendiri langsung. Aku yang pasti tak boleh dan tak akan hidup macam nih. Aku pernah susah dulu, aku dah rasa macam mana susahnya hidup dengan RM10 untuk seminggu.

c) The problem is that I’m so fed up working in factory anymore. This applies to all factories for that matter. I need to try different field but still related with Electronic Communication. Like example work for Maxis or DiGi, where I got to go places and meet new people everyday. Hard work is something that I can confirm I can handle even for everyday for as long as that the environment is nothing compares in factory. My previous work before flex proves it. Even if I jump from company to company but still I work in factory, tide up in same cage for years and years to come, the result will be the same man! I need to try out something new. Somehow deep in my heart, I know I destine for work like that. And I know I’m a worth person for that particular field. My work record here in flex is to prove that I’m a worth candidate for that kind of job. Somehow I still dream for that dream career. The career where I can grow old working for. But here! In flex? How can anyone grow old here man! .Unless that person got mountain of dept to settle for, or maybe he/she got no where else to work at, they would (even if I know for sure he/she got no heart to work). I cannot grow old working jumping from factory to factory just to find employment that suits me as my age getting old; older the person becomes, slower his performance become . Now a days it is not the older you become, the more experience you gain, the more valuable you become, now is the time the older you become, the less you are worth to any company, because somehow family life slows you down. Experiences never guarantee you can perform to task given. It’s your performance, knowledge and result that count. This I know for sure. But another issue will arise; my 4 years experience has set me for working that applies in factories only. How can I seek career that applies experience in factory but in entirely different field? The chances of finding that job are like a thousand in one. I can’t simply start all over again like freshies, its impossible. Even now I feel like I’ve made a bad move. One will never know unless one has finish searching, right? Only then can he jump into conclusion that bad move had been made and there is no way out. Ohhh fuck!!!!

What is important is that I need to find that career where I can grow old to, where the money is good, the environment is healthy and where I am appreciated for how I carry out my task. More important is that the place is not anything like in factory. I need to find this job before I grow old working at flex, when I become less and less motivated and when dept started to gain on me. And when that comes, for sure all hope will gone and I will grow old like the rest of those guys here in flex. Where money is all that matters, overtime work is to die for, and working will be just another day in and day out. Waiting every moment in factory for time to go home, feeling so heavy to wake to go to work and so contented when time has come for them to slot out. Any crappy work for the day is an acceptation, all criticism from their superior will be like when into left ear and out another and still remaining the same old person. All that matters is MONEY… Oh God please don’t let me become those people. Money is important, this I can’t deny but how significance we getting it, is for me as important too.

So now, until what point shall I resign from flex? Until I’m 30? (God, please don’t!) I can feel that my breaking point has almost reaches its peak. (Censored Chinese name) day by day push me to break so that I would resign. (Censored technician name) also giving his (what I called it) deepest longing-to-say peace of mind, every now and then but in good manners as he does it. Pushing me aside so he could be back (again) blending-in with (censored Chinese women’s name)’s team.

Forgotten names, mislaid dreams

Left with no sense of reality

Plagued by old age and disease

Until all that’s left are memories

Medication and vegetation

Have taken away the memories

All that’s left is sedation

So far gone, they can’t be reached

Forced into life until death

In the nursing home

Severe dementia robs their minds

While their children robs them blind

Devastating bills to be paid

No decisions can be made

Prisoners in a sterilized cage

Victims by their old age

Dying image of a tired old man

Dreamed of a different retirement plan

From “Shady Acres by Code 13”

Saturday, February 17, 2007

Sajak meruntun kalbu, seindah tangisan subuh...

Arini aku nak postkan satu sajak melayu pulak. Nakkan satu kelainan dalam kesamaan. Satu yang boleh merangsang, boleh mencetuskan pola paradigma kearah sesuatu yang baru. Aku boleh bersajak. Dulu banyak karya2 aku tapi sayang sekali dah musnah bila harddisk aku kong no power. Skang nih sajak2 aku masih belum power lagi untuk public viewing. Sajak ni aku jumpa kat laman sajak geocities. karya siapa aku tak tahu. Please enjoy...



Palestin Dalam Kalangan

di lorong-lorong itu
engkau bersorak megusung maruah yang lesu mengibarkan harapan ...
layu di jalan-jalan itu
engkau berarak-arak melontarkan azam yang malap menyalakan semangat ...
terpadam
di lorong-lorong itu
engkau akan terus bersorak moga maruah yang lesu nyawa
ditiupkan azam yang malap sinar dititipkan
tetapi...
sudah berdekad-dekad engkau di lorong-lorong itu di jalan-jalan itu ...
mencari maruah yang hilang di hujung,
mungkin...
tetapi...
aku rasa engkau harus pulang ke pangkal
Ia tertinggal...

Abu Hafkari
kusairi@mbox5.singnet.com



Kahlil Gibran


"...pabila cinta memanggilmu... ikutilah dia walau jalannya berliku-liku... Dan, pabila sayapnya merangkummu... pasrahlah serta menyerah, walau pedang tersembunyi di sela sayap itu melukaimu..."
(Kahlil Gibran)

"Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta... terus hidup... sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan..."
(Kahlil Gibran)

"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan"
(Kahlil Gibran)

Tuesday, January 30, 2007

Diary seorang lelaki1...

Malam tadi aku tidur lambat. Balik keje jer, member aku dari KL si Lan call ajak ngeteh. Macam biasa la rutin aku tiap2 malam. Boy pun ada skali, aku pun dah makan tahun jugak tak jumpa dia. Dah stabil la dia aku tengok. Lan lagi la, jangan cakap. Aku tahu dia turun JB mesti ada hal penting punya. Aku suspect dia dah buat preparation nak kawen. Takpe la aku tak terjejas pun although Lan adalah rival aku yang paling dekat skali, next adalah boy. Compare dengan diorang nih aku rasa macam dah tertinggal sangat. Tapi at time being, aku rasa yang aku nih at the right track. Cuma time je yang akan tentukan. Memang demi masa aku dah rugi at least 2 tahun. Lambat progress.

Boy pun dah stabil dengan dia punya uptrend. Cuma dalam banyak kawan2 aku, padil jela yang aku kilan sikit walaupun dia dari segi stability, maybe dia dah stabil. Takpe lah padil lagipun bukan aku punya rival pun. Dia ada cara dia sendiri, walaupun at most of the time aku tak agree dengan cara dia. Ego dengan kawan2 besar sangat. Semoga berbahagialah padil.
Balik jek dari melepak dalam pukul 11.30 malam,on the way balik aku teringat pulak ada orang call masa aku tengah syok sembang2. Atie call aku.Petak jugak bila aku fikirkan pasal dia nih. Sampai kat umah aku call dia. Tu yang terlintas aku nak tulis tentang semua kisah cinta aku yang tak kesampaian nih. So coming soon, aku akan tulis semua dan yang terpenting dua kisah mengenai awek yang paling special skali dalam hidup aku.
Setelah hampir kesemua hubungan aku gagal, gagal dan terus jek gagal. Rasanya lepas nih aku dah jumpa formula untuk sukses dalam relationship nih. Aku takkan keberatan untuk kongsi semua nih, tapi soon la. Takda masa nak tulis semua nih kat tempat kerja nih. Nanti kecoh satu kilang. :-)




Monday, July 10, 2006

Hidup aku yang membosankan.

Bosan la hidup macam nih. Membujang jek. Takde awek. Ujung mingu pun rutin yang sama jek.ngadap muke member2 aku pun dah naik bosan. aku tau member2 aku tu semua pun dah naik bosan jugak dengan life bujang nih.. rasa macam nak kawen jek cepat2.
pelik jugak bila kita fikir2kan rutin yang aku lalui nih akan dah telah dilalui oleh semua belia yang lain. walaupun kita cuba macam mana pun nak keluar dari kepompong kebiasaan, tapi sebabkan kita dah terikat dengan kehidupan moden nih, takde cara lain kita boleh elak. masa dan suasana jela yang berbeza tapi alam yang mesti ditempuhi tu sama jek.
Apa yang aku boleh nampak bezanya aku dengan mamat yang lain ialah aku sedar dan feel the presence of my upgoing situation compare with past other people's experiences.Oleh itu aku lebih aware dan live the life I have right now without remorse (or at least try not to) any regret in future time.