My solo endurance challenge
24 December 2007 tarikh aku telah memecahkan rekod peribadi aku. Dah lama aku tak buat kerja gila macam nih sejak zaman RXZ aku dulu. Rasanya mungkin trip kali nih bukan la yang paling jauh tapi yang pasti ianya yang paling tough. No doubt about it.
Semuanya berlaku secara spontan akibat kebosanan tahap maximum. Mulanya aku cadang tu nak pergi post office nak amik kiriman post aku yang dah lama aku expect dari third aRM records. Hampa jugak sebab tarikh dia dah melewati 15 hari dari tarikh kad tu sampai. Itu pun nasib baik Konyol hantarkan kat umah, kalau tak aku pun tak tau kad tu dah sampai. Tengok jam masih lagi dalam lingkungan 3 lebih. Nak pergi bandar tengok wayang, teringat pulak cakap tual jangan amalkan sangat pergi bandar, layan wayang sorang2. Nanti boleh jadi gila. Huhuhu…
On the way nak balik, hati rasa macam taknak balik lagi sebab tak tau nak buat apa kat umah nanti pun. Nak pergi hostel jumpa lis, malas pulak. SO… terlintas la dalam kepala aku nak main long distance. Tak pasti lagi nak kemana asalkan menghala ke utara. Cadang mula nak ke Pontian je, tapi sebab mengingatkan kat Pontian pun bukannya ada pape pun. So apa kata ke Batu Pahat, atleast kat
Singgah kejap kat Taman Sri Skudai untuk cocok duit kat Maybank. Rasanya RM50 cukup kot. Ingatkan nak cari air sekali, mana la tau kalau2 haus atas motor karang, maklumlah hari pun panas tapi bila dah start motor tu malas lak nak singgah lagi. Takut tak jadi pulak nak endurance nih.
Jalan tak laju, sekitar 60-70kmj jek. Niat pun bukak nak buat rekod by time, just by distance jek. Ari2 dah practice ulang alik keje sekitar 20-25kmj satu trip, rasanya aku dan motor aku mampu kot buat nih. Nak start gerak tur, perut dah meragam jugak. Bukan apa, dari pagi belum makan. Skang tengok jam dah pukul 3lebih (bangun pun dah petang huhuhu… ; malam sebelumnya stay overnite till kul 4am, gilamovies!!) takpa, maybe sampai je kat
Dipendekkan cerita, sampai je area Mitsumi ada pulak road blok by cops. Cuak jugak. Tapi aku complete (as a rider) cuma motor aku je yang tak complete (takda side mirror). Ah! Redah jela, sangkut pun sangkut la. kene saman bayar, bukan susah. Nasib baik lepas. Pelik jugak area situ tak ramai budak2 muda yang riding motor petang2 nih. Diorang nih keje ke tak keluar rumah? Area2
Dah 2 jam atas motor, bontot dah naik kram, tekak dah haus, perut dah lapar gila. Sampai town Pontian Kechil tadi pun aku tak beli2 jugak air. Mata dah sakit tangan dah panas, aku mengenangkan perjalanan ke BP masih jauh. Tu yang aku malas nak berhenti dulu. Sampai Rengit, tekak aku dah takleh tahan, rasa macam nak pengsan sebab dehydration. Badan pun dah panas. Sepanjang jalan nak singgah tak singgah2 jugak. So, ada la satu rumah kedai nih, dari jauh macam kedai runcit, sebab aku macam perasan ada penyapu dan balang2 jajan. Aku pun berhenti la. Macam aku dah dapat agak je, kalau aku berhenti kat sini, orang kat kedai pun mesti pandang semacam je kat aku, macam pelik je tak pernah tengok orang. Kejadian tu pun menjadi kenyataan. Diorang tengok cara dressing aku pun rasanya dia dah bleh tau, mamat nih mesti orang jauh. Kene pulak shop assistant dia girl. Gemuk pulak tur (nasib baik, kalau tak aku dah tackle dah, budak ceruk nih budak susah nak gigit! Huhuhu). Selangkah masuk,,, la! Bukan kedai runcit la, ni kedai jual barang2 hardware untuk rumah punya. Macam tong sampah plastic, air botol jenama pekak murah2, pinggan, alas meja bla bla. Ceh.. tipah tertipu rupanya. Minah yang jeling bertambah pelik. Apa mamat naik skute nih nak beli kat kedai aku nih? Masuk tak sampai 1 minit dah start motor terus blah… rasanya dia pun dah boleh agak aku salah kedai. Aku pun teruskan la perjalanan. Tengok langit macam nak ujan jek, aku baju ujan pun tak bawak (jangan cakap baju ujan baju sweater untuk riding jauh pun aku tak bawak!) Ah! Carry on jela. Tempat teduh macam takde je sepanjang jalan nih. Kalau dibuatnya ujan, ada jugak yang aku tumpang rumah orang nih.
Bila tekak dah sampai tahap maximum, langit bertambah pekat, aku pulak dah sampai area bandar Rengit, tergerak la aku akhirnya singgah kat satu kedai shoplot cina nih. Kali nih memang tak silap lagi. Memang kedai runcit. Nafsu punya pasal, sampai 2 botol aku beli (satu air mineral & satu lagi air botol 100plus). Tamak beli tapi bukannya minum. Sampai la aku tulis artikel nih (iaitu 25hb disember 2007, 12:58am), air botol tu masih lagi belum bukak! Huhuhu.
So where was i? oh ok, puh memang lega jugak tekak dapat air. Sejuk sikit badan aku. silap besar aku bila aku isap rokok. Perut yang kosong nih dah mula menampakkan tahap lapar aku dari pagi sampai jam 5 petang masih belum makan pape langsung. Pala dah mula lalok. Tapi disebabkan nama pun endurance, aku mesti teruskan perjalanan. Ujan dah mula rintik nak melebat, aku pulak langsung tak pulas2 lagi throttle. Entah kenapa. Mata dah mula lilau tengok bas stop untuk teduh. Berdasarkan firasat aku tengok keadaan langit, ujan akan lebat tapi tak lama. Nak teduh kat satu bus stop nih, ada mamat ni pulak dengan basikal dia. Takut kene pau punya pasal, aku teruskan jalan. Baju dah mula basah dah. Yang pelik kat area2 nih, banyak pulak bus stop dia, jadinya aku ada choise jugak nak teduh kat mana. Kat kawasan2 sebelumnya daripada Pontian tadi, mak datuk bus stop pun tak ada. Di buatnya ujan kat kawasan tu, memang lukus aku dan terpaksa la aku batalkan niat solo endurance aku.
Dalam 1 ½ km lepas tu, ujan dah mula berhenti, rasanya ujan start tadi belakang ke depan area aku nak tuju nih. Nasib baik. Tengok sign board Batu Pahat dalam 20 something km. aku dah mula lega. Walaupun rasa macam nak pengsan. 20 km dah tak jauh… bila sampai area2 kawasan kemalangan, dengan jalan turun-naik bukit (tak ada sepanjang jalan tadi, semuanya landai manjang) pulak perasan warga2 asing kat tepi jalan, aku dah mula senyum. Rasanya dah tak jauh nih. Instinct aku tak pernah kecewakan aku sebelum nih bila tiba masa nak menelek jalan nih. Instinct aku bagitau aku, bila nampak
Tengok jam nak masuk pukul 6 petang. Cabaran seterusnya adalah nak cari Summit Parade untuk makan, basuh muka yang dah naik panas, berak, kencing, isi minyak yang dah E (padahal aku isi full kat skudai tadi, larap jugak minyak motor aku nih).
Dashyat jugak Batu Pahat nih, pesat jugak pembangunan dia. Lama jugak aku tak ke sini, balik kampong pun dah lebih 5 tahun aku tak balik. Memang la tak boleh compare dengan JB, tapi atleast bila tengok bangunan dia, rasanya Batu Pahat nih 2nd after JB, 3rd pulak Kota Tinggi. Tengok sign board, rasanya aku takleh sesat kat sini. Pusing2 pun kat situ jugak. Aku teruskan jalan menuju ke kastam @ jabatan laut BP (aku tak pasti) sebab ada sign board highway to JB. Dalam kira2 15 minit aku melilau, aku rasa motor aku kalau boleh cakap, dia mesti cakap ko taknak berenti ke Lin? Aku dah penat nih, kasi la aku rest kejap, aku nih 1st time ko lanyak long distance. Aku nampak la pulak Summitnya (yeah!) dalam time2 aku mula nak giveup, nak balik balik je terus… pening jugak aku cari kat mana motor parking nih, takkan shopping complex besar2 macam nih takleh nak parking motor. Parking kereta je yang berlambak, mat2 motor pun aku tak nampak menghala masuk ke dalam kawasan
So, dimulakan la sesi menelaah shopping complex sengal nih. Dari struktur luar, memang design lama, satu fashion dengan The Store kat Sentosa & kat Taman Tun tur (aku lupa nama shopping complex bonggok tu). Tapi dari segi saiz pulak lebih kurang
Suasana dah bertambah gelap. Jam sekitar 7 lebih, aku isi minyak kat Shell, dan bermulalah perjalanan aku nak balik… berbekalkan sign board yang aku nampak, aku tuju la highway plus ke JB. Nak mampus amik jalan lama tadi malam2 macam nih? Dengan takda lampu jalan. Dibuatnya ada yang “menumpang” aku balik JB, jawap aku. Banyak aspek yang aku amik kira, antaranya, lubang kat jalan raya gelap2, mata yang dah makin penat & jalan yang aku tak ingat sangat. Aku datang pun sebab base on sign board. Aku lagi sanggup tidur hotel daripada amik jalan lama. Kalau aku amik highway, lampu ada, lubang kat jalan xda, so selamat sikit. Kalau amik jalan lama, langgar lubang, motor rosak malam2 gelap2… macam mana? (I can’t imagine that situation). Dalam perjalanan ke Ayer Hitam aku perasan tadi ujan sini, nasib baik dah berenti. Keadaan jalan pun ok, xda lubang. Terlintas pulak aku macam nak talipon Rin atau Atoi, nak tanya masuk tol kalau motor kene bayar tak (padahal aku tau tak kene bayar, tapi hati agak berbelah bagi). Kalau bayar pun aku boleh bayar cuma mainan perasaan bila dah penat nih nak kasi hiburan sambil tuju ke highway. Sampai simpang kat Ayer Hitam, aku nampak la pulak sign board Johor Bahru ke kiri, tapi bukan sign board tulisan kuning highway, ini sign board hijau tanda jalan biasa. Aku pun belok la kiri, selang beberapa meter ke situ, instinct aku kuat menyatakan tu bukan la jalan yang betul, berdasarkan jalan yang sempit, tak banyak kereta yang tuju situ & kegelapan yang maksimum. Aku patah balik la sebab aku tetap akan percaya pada instinct aku. Memang sah pun bukan jalan yang betul. Nasib baik.
Teruskan jalan lagi dalam kira2 10km, tengok meter minyak, macam tak yakin je half full boleh sampai JB sedangkan nak datang Batu Pahat tadi pun full RM7 boleh habis terus. Cukup ke RM5 isi nih? Takpa nanti kang isi lagi. Singgah petronas untuk kencing pun tak isi minyak jugak! Sengal jugak aku nih. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Dalam hati macam tak percaya je apa yang dah belaku hari nih. Trip gila nih. Sampai la jugak akhirnya kat tol masuk highway plus. Start la aku masuk tol dan pulas la aku sekitar 70-80kmj tanpa henti. Hati aku bisik kat motor aku, please hold on baby, I know you can make it. Just stay stable this whole ride home as there no traffic light from this point onward. Just you, me and the open night highway. Try and stop me from going home. The only one that can stop me from reaching home is you JHR 8205… pulas punya pulas, perasan hentian rehat Machap. Tempat yang sesuai untuk aku rehat, sekali lalu malas pulak nak ilex kat situ. Ah! Isi minyak jela. Isi RM3 cukup kot. Lepaskan sebatang rokok, hantar sms jap kat Atoi & Lis, minum & aku sambung semula pulling the throttle to the max. Kacung sampai sakit pinggang. Lintas pulak mamat naik Panther yang berenti kat Machap tadi. Selamba rock je dia sayurkan aku. Peduli apa aku, aku bukan nak berlumba. Peh! Sejuk dia mula terasa lepas 30 minit aku terus menerus jalan. Rasa sampai ke tulang. Dalam hati aku, hold on baby, we can make this together. You and me. Tangan aku cram pun aku tak perasan sebab dah hamper 40 minit aku pulas, nak tutup minyak tak boleh, terpaksa la aku paksa bengkokkan dia supaya cram loose. Tak pernah aku ride malam2 jauh2 dengan takda sweater macam nih. Terfikir jugak kalau aku make it home kali ni, aku akan buat persediaan yang sewajarnya untuk solo trip aku ke Desaru pulak. Motor nak tukar belting baru & pad brek baru depan blakang. Beli satu hand glove & handkerchief, tukar seat cover & penutup minyak. Rasa raya cina ni InsyaAllah.
Sampai tol Skudai isap rokok jap, terlintas jugak kalau ada N73 Music Edition (idaman kalbu tak dapat beli lagi, bonus belum masuk) nih mau aku tangkap gambar the whole trip tadi. Tak caya pun ada aku berjaya sampai. Selamat pergi dan balik aku akhirnya dan sikit je lagi nak tiba umah. Sampai umah dalam jam 9 suku. Badan penat memang takleh nak kira. Tidur terus (tak mandi pun!) sampai petang… Peh! What an endurance this has been… A personal record has been broken since more than 5 years ago on that Felda Semenchu trip but that was on convoy, this one was solo ride. Overall this was the ultimate trip so far. Planning on making more solo ride up this 2008. Will keep a blog for sure, but this time around I will provide with photo too. It will be more intense and it will break the previous record for sure. Also my upcoming Batam trip (oh! Can’t wait to see girls inside glasses that my friend keep talking about). Till then, sampai sini jela. Dah larut malam sangat nih, nak tidur esok nak keje.
Azline.
26 December 2007 2:36am

