no1giveadamn speaks out loud...

"I prefer to be a dreamer among the humblest, with vision to be realize, than lord among those without dreams and desires"... Kahlil Gibran

My Photo
Name:
Location: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Suatu pendaman manifestasi diri yang dirasai apabila terlalu lama sepi. Untuk luahan demi tatapan masa depan di zaman cucu-cicitku nanti. Supaya mereka merasai sendiri kehidupan darah daging mereka agar diambil ikhtibar untuk mempersiap diri mereka sendiri menghadapi arus kemodenan Malaysia yang semakin tahun semakin kuat arus hanyutannya. Hanyutan yang tiada kesudahan... Ini kisahku...

Wednesday, June 04, 2008

Reunion DEP class 1999-2002.

Hari ini 1 Jun 2008 adalah hari reunion untuk class DEP. Aku macam biasa la, kalau ada sesuatu yang agak special sekarang nih aku pasti akan tulis punya. Active blogger la katakan. Lagi satu sebab aku takut kalau lama2 nanti dah lupa. Apalah nasib, tak sampai 10 orang pun yang datang. Tapi dicampur dengan anak2 diorang nih menjadik jugak hamper 20 lebih. Event buat kat rumah Puan Asiah kat area Jasin. Dekat2 jugak poli Melaka. Heh, aku sebenarnya first time ke Melaka ni, jakun sket… Aku gerak dengan Boy, macam biasa la manusia takda transport macam aku nih. Boy boleh bawak girlfriend dia pulak! Tak bagitau awal2. Nasib baik aku takdak hal. Dalam hati aku, “Wah! Si boy nih, kata takda girlfriend. Tup2 boleh bawak dak pompuan plak ke sini..” Ah lantaklah. Asalkan reunion nih aku dapat datang sudah.

Boy sampai lambat, kol 7 lebih baru sampai umah aku. Understandable la sebab dia nak gi umah girl tu dulu, nak angkut dia. Sarap kat Skudai, masuk tol dalam kol 8 suku. Aku target memang lambat sikit la sampai.

Tiba je tol exit Jasin, dari jauh aku macam perasan muka Bulau, tapi macam ye tak ye jek. Bila boy start datang dekat sikit, barula aku sure memang Bulau pun! Peh! Dah lebih 5 tahun aku tak jumpa dia dah berisi jugak… dak2 lain pun dah ada kat situ. Leila+husband and kids, Zarah+ kids, lan, Shukor, rohaimi+ wife and kids.( Aku? Plus apa? Hehe…kereta pun takda lagi) terperanjat jugak aku tengok perkembangan diorang nih. Masing2 pun dah kawen, dah ada kreta. Dah stabil jugak. Tak sempat nak chat lama, salam2 terus gerak gi umah Puan Asiah, sebab tiba pun dah lewat. Tiba umah Puan Asiah, aku dah boleh ramal Encik Shahril dah lupa nama kitorang entah muka pun dia tak cam agaknya J. Aku boleh faham, dah lebih 5 tahun tak jumpa dan diorang pun dah ngadap beratus student sebelum nih. Tapi rasa2 Puan Asiah masih cam muka kitorang kot. Kutu2 degil DEP dulu, mana leh lupa. Rumah Puan Asiah boleh tahan jugak grand. Laki bini lecturer la katakan.. Lama gak kitorang melepak kat umah dia. Havoc la dengan budak2 kecik bersepah sana sini, macam nursery la pulak. Kena pulak dengan perangai yang bujang2 nih. Macam zaman degil poli dulu datang balik. Takda segan lagik kat Puan Asiah, Encik Shahril! Aku rasa diorang memang tak selesa pun tapi lanyak jela..

Lupa nak bagitau, kurang 10 minit sampai umah Puan Asiah tadi, Rashid pun sampai, pun dengan anak dia 2 orang. Tak hairan la jugak sebab dulu pun dia dah ehem2 jugak dari poli lagiks..bini dia tinggalkan kat Pagoh, tak datang. Kata dia laa..tapi macam tak biasa Rashid suka berahsia sikit. Lagi2 pasal hal rumah tangga dia. Aku pun taknak amik port sangat. Tengok dia macam happy jek… ok la tu..

Aduh, patut ke aku rasa tertekan tengok diorang semua dah progress ke arah tu? Aku rasa tak lagik. Sebab aku ada strong good reason to stay the same. Maybe to some, it may appear that I don’t progress at all, but who care what they think? I’m the one who is running me. I will be the judge of what part to progress and by what part should it progress. My ex-classmate is just one strong reference on how long have I miss things on real life. Compared with them it will give me some sense of reflection on what need to be done. Don’t you think so? Ah! Who cares what you think.. J

Setelah hampir 4 jam lebih melepak, borak2, gossip2, tanya2 pasal perkembangan masing2, time to gerak. Amik gambar buat kenangan, then gerak gi AFamosa. Masing2 pun bila ditanya kerja, melata-lata kerja kat Malaysia nih termasuk la diorang yang takda kat situ time tu. Cokong yang tak disangka boleh jadi engineer sebab dia bukan la antara top student kat poli dulu. Tiru je keje dia, akhirnya jadi engineer kat Sime-Sembawang. Buat bisnes sewa kereta. YB (Faizul) skang ada kat Capetown, South Africa katanya jadi technician. Dulu last word dari dia kata kerja kat KLIA. Big Mamma keje jadi cikgu, dah kawen. Ada jugak jodoh dia ek.. J. Candru keje satu tempat dengan Rashid kat Infineon, kilang buat IC. Gan Teck Leng @ cina bukit J, keje kilang kat tempat lama Bulau, kilang apa ntah, dekat2 infineon jugak. Shiela & Shima, the dua sekawan low profile girl. Satu bibir terjuih, satu lagi jalan bersepah J, entah la kat mana skang. Diorang pun tak tahu. Takda plak aku tanya dak2 pompuan yang datang tadi. Mazlan pet2, jadi penoreh getah yang berjaya kat Kelantan. Usahakan tanah sendiri kot. Getah dah mahal skang beb, lu ingat? Usop, the Mat Ball, mamat yang menyirap dengan aku hampir setahun taknak berbual dengan aku J, keje TNB, pun rasanya dah senang. Kalau dah keje TNB tu paham2 jela masa depan dah cerah. Radin, keje kat Best 104, banyak buat side income jugak mamat nih. Padil the wak menanah, aku dah tahu dah kawen, keje syarikat measurement tahap pencemaran alam sekitar lebih kurang. Aku tak pasti sangat nama syarikat dia apa tapi swasta la. Hani dah kawen, ada kat Kedah. Keje apa aku tak tahu tapi kalau tanya kat Bulau dia mesti tahu punya!! Kahkahkah…. Ayu plak aku memang tak lost contact. Keje Jurong High-Tech. Aku ingatkan dia datang, apa la Ayu nih. Baru aku ingat nak berborak dengan ko…. Rasanya tu jela perkembangan budak2 yang tak datang tadi.

Untuk yang datang pulak cerita diorang nih berlambak-lambak macam pasar lambak! J. Baik aku mulakan dengan Shukor. Mastermind untuk event kali nih. Memang tak dinafikan walaupun perangai dia memang gila bila jumpa member poli, tapi dari segi merancang kewangan, merancang event, leading kami semua, dia memang candidate yang sesuai. Perangai lama dia 5 tahun lepas muncul balik, gila2 tebiat pengor. Tapi aku dengan dak2 yang pernah duduk serumah dengan dia tetap akan faham perangai dia. Excited sebenarnya. Sapa yang tak rindu zaman-zaman tu. Tak pernah runsing pasal kawen, kerja, duit, kereta, girlfriend (tak semua la). Yang penting study and enjoy. Dah pakai kereta mewah2 jugak la pada aku. Rezeki dia.

Lan chaque pulak, macam biasa la sentiasa acting happy go lucky. Dulu, most of the time memang sentiasa happy go lucky, skang bila dah lama tak jumpa nih kembali jugak la tabiat dia tur. Just like old time, always fun to stay around with. Macam takda masalah je bila dia berbual. Skang bila tengok perkembangan member2 yang lain, aku macam dapat rasakan kerisauan dia takut tertinggal. Dia antara yang masih bujang dan selalu tak pernah admit ada girlfriend. Sentiasa nak berahsia. Tak pernah nak cerita. Aku tahu dia. Malu nak cerita takut kena sindir agaknya. “Apa nak malu Lan, ko jugak yang rugi nanti”

Boy, antara yang tak lost contact dengan aku. Keje front desk kat post Kulai. Keje kerajaan, ok la tu. Terjamin jugak. Tengok pada gaya awek yang dia bawak, rasanya serasi kot… too early to tell.. agak pemalu. Mungkin awek dia tu tak expect akan pegi tempat macam tu kot. Dia mungkin imagine nak gi Melaka jalan2, merayap2 je kot. Kaku jugak tak reti nak bawak diri berbual dengan akak2 sekeliling. Budak lagi! Biasa la tu…Anyway, nice choice. Hope you make it!

Rohaimi, badan macam king kong skang. Besar dan berisi. Dah kawen anak satu. Boleh sama tarikh lahir, sama baya dengan anak Puan Asiah pulak! (macam dah planning jek korang nih!!) Keje polis. Mula aku nak start borak dengan dia agak segan jugak tapi bila dah masing2 melepak kat umah Puan Asiah, segan tu hilang. Rasa macam biasa jek. Dia mula2 jadi polis pun sakit jugak, tapi skang dah ok. Pakai pun kereta tahap mewah. Bini lawa, pandai dia carik.

Farid the Bulau. Masih bujang, dah keje kat KL. Kereta boleh tahan. Bila aku nampak laptop dia kat backseat, rasa senyum sendiri aku. (paham2 sudah la). Bila kami planning nak menghala ke A Famosa lepas melepak kat umah Puan Asiah, Bulau ajak aku naik dengan dia. So why not, dia pun drive sorang2. borak punya borak baru la aku tahu sebab dia pindah keje ke KL mungkin ada sangkut paut dengan krisis cinta dia dengan Hani. Kalau betul la prediction aku, wow! hebat betul penangan cinta Hani nih. (mungkin bukan penangan cinta Hani, tapi Farid sendiri yang takda experience dalam cinta nih kot,,well2 napa tak tanya aku?) Tu la, terlalu mengharap sangat, bila tak kesampaian, banyak masa dah dibazirkan. Dari poli bercinta, bertahun-tahun tunggu (hampir 6 tahun lebih on & off) tapi last2 tak jadi. Sepatutnya dia mesti consider risiko bercinta time belajar nih. Kalau jadi bagus la, memang boleh buat filem hindustan tapi kalau tak jadi,,, macam ni la jadinya. Apa pun respect jugak Farid sebab masih calm & tak begitu bergelora. Dia dah boleh lupakan Hani agaknya. Tak guna nak tunggu lagi. Dah jadi bini orang pun, satu point of no return. Farid ada cakap kalau Hani menjanda pun dia sanggup amik.. (aduh hai, sudah la tu!) lucky aku dulu zaman poli nerdest to the max. Takdak terlibat dengan cinta nih.. life goes on man.. you should know better.

Rashid the abang2. masih nampak muda walaupun dah early 30’s masih macam dulu. Easy going senang nak berbuat tapi full of secret. Datang dengan 2 orang anak. Comel2 anak dia. Geram lak aku. Dah pakai vios la! Dashyat mamat nih. Aku above all else paling faham suasana kerja kilang nih. Memang tak dinafikan mampu nak pakai vios. Aku sendiri pun mampu, tapi lautan pendapatan sentiasa bergelora beb. Harap ko tahu apa ko buat bro.. bila time air pasang, duit masyhuk Yarabbi mewah. Tapi bila air surut, harap2 kita siap sedia nak tempuh. Asalkan jangan kais pagi makan pagi dah la. Zaman nih bukan zaman pepatah tu lagiks. At least bukan pada level kita2 nih..

Leila, mak ai! Betul dah banyak berubah. Dulu agak wild jugak. Tapi tak wild mana pun. Cuma skang nih memang dah mak2. Anak dah 3 orang, datang sekali dengan husband dia. Bebual pun dah lain. Rasanya sepatutnya rentak berborak dengan Leila dah tak leh nak macam dulu, hentam semacam. Skang nak kena borak stail mak2. tapi dak macam Shukor tu apa kira… anak dia agak degil thou.. J terejal.. bersepah mainan kat umah Puan Asiah.. Dia antara yang aku predict akan tempuh alam perkahwinan ni paling awal. Dah happy ever after kot. Kesian jugak husband dia takleh nak bawak perangai kitorang. Takleh nak blend-in pun… nasib la brader, lu memang silap klip der..

Zarah Kemon. Antara top student kelas aku, member baik dengan Leila. Mulanya tu jumpa dia kat tol exit Jasin aku ingatkan dia cuma tolong dokongkan anak Leila. Tak logic jugak anak Leila boleh sampai 6 orang je walhal baru 5 tahun jek tak jumpa. Sempat lak Leila produce banyak macam tu! Rupanya dia datang dengan anak dia 3 orang. Baru aku tahu. Dah janda skang. Peh! Aku rasa Zarah punya life paling berliku-liku. Tapi aku memang salute dia masih mampu tersenyum. Nak jugak dia datang reunion bodoh nih dalam keadaan dia skang. Tak sangka macam nih pulak life dia skang. Hidup jadi janda anak 3 orang nak kasi makan. Husband dah blah. Anak2 dia boleh tahan la jugak. Comel macam mak dia cun. Steady la Zarah, life must go on. Jangan putus harapan. Ada hikmatnya tu.. Kalau tak Bulau bagitau, aku pun tak tau.

Huh! Dalam 1 hari jek macam-macam benda lama datang balik, cerita lama dibukak balik dan cerita terbaru aku dapat tahu pasal diorang nih. Rasanya walaupun aku masih macam nih; takda kereta, kerja kilang, tapi rasanya aku antara yang bernasib baik dari segi financial, social dan emotional. Walaupun ada lagi yang lebih banyak duit dari aku, lebih best kerja dari aku, hidup berumah tangga daripada aku nih yang masih bujang tapi overall aku masih tak ralat sangat memandangkan aku pun doing all right. Tapi aku takleh lalai. Kalau diorang ada buat lagi reunion nih lagik tahun depan ke, tu satu gap yang agak dekat untuk aku wajib progress dari dulu. At least aku mesti nak ada satu anjakan paradigma!! Tu mesti nak ada! Mesti nak ada! Aduh hai!

2:45 am, 2 June 2008,

malam lepas balik daripada reunion tu la…

kat ruang tamu guna laptop aku…

beli laptop baru wehehee....

Dalam bulan 4 yang lepas aku beli laptop baru!! Compaq Presario V3759TU. Maka bermukalah era aku dengan laptop aku yang dah hampir 3 minggu aku beli tapi masih belum boleh guna lagi sebab ada masalah masalah berbangkit yang tak boleh aku nak selesai time tu. Ingatkan senang je install laptop nih. Rupanya tak semudah yang aku sangkakan. Banyak halangan yang aku kena tempuh untuk pakai XP nih. Kalau takat vista tu senang jek intall sebab recommended OS dia.Desktop lagi senang. tapi bagus jugak blajar benda baru aku boleh belajar. Dan aku jugak lepas nih boleh la jadi active blogger, educate kawan2 aku etc etc..

Susah jugak nak menaip guna laptop nih. Sensorpad dia sensitive sangat. Tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Nak masuk streammyx, nak install Mo Siang (member aku kat kilang si shahril tu dah tak abis2 brain wash aku ajak main Mo Siang. Aku ni bukan minat sangat nak main tapi layan je la). Driver dia pun sampai pada masa aku taip article nih masih banyak lagi yang tak ada. Nak cari dan install sendiri online.

Tangan rasa macam tisu je bila menaip pada laptop nih. Tak boleh ganas2. kena gentle2. rasanya banyak lagi software lain yang penting2 yang aku akan install kat sini, sebab kalau nak install kat desktop agak leceh nak guna nanti.

Pada aku laptop nih akan jadi salah satu main article dalam hidup aku, selain handset, motor, digital projector & handycam. Memang dah menjadi salah satu target utama aku untuk beli laptop nih. Azam aku tahun lepas. Tapi disebabkan berubah fikiran, aku tangguh dulu niat aku tu. Tahun 2008 nih tahun yang agak baik sebab half year aku dah boleh dapatkan laptop nih. Cuma tinggal nak beli TV & kereta jek. Lepas tu apa yang aku perlukan hanyalah kerja di tempat yang baru dan kumpul duit. Kemungkinan besar sehingga aku blah dari flextronics nih aku masih belum boleh nak kawen lagi kot. Aku tahu ramai kawan2 aku kat sini yang tunggu bila saatnya aku kawen nih. Sorry friend, disebabkan suasana flex dah tak sama macam dulu, aku pun terpaksa mengorak langkah untuk cari kerja yang lebih baik. Tapi bukan sekarang.

Banyak yang aku boleh buat dengan laptop nih. Rasanya aku pun nak belajar-belajar main forex nih. Mana tau boleh untung. Game dah pasti antara kegunaan utama selain nak jadi aktif blogger (hobi impian aku tu). Senang kata benda nih akan jadi pengisi masa lapang aku ujung minggu kelak. Aku ramal sesuatu yang lebih baik yang cerah di masa-masa akan datang. Sesuatu yang baru semestinya lebih baik. Mungkin jugak selamat tinggal pada tabiat buruk aku. Tapi yang “satu” tu maybe perlukan masa yang lebih lama sikit untuk aku tinggalkan. Heh! Aku jek yang tahu apa dia.